Thursday, September 9, 2010

SALAM LEBARAN 1431 H

Assalamualaikum

Wah, semuanya dah balik kampung? Jem tak perjalanan? KL lengang sampai leh tido atas jalan?? ;) Alhamdulillah, semua dah selamat sampai ke kampung halaman masing-masing menemui keluarga tercinta. Saya pun dah selamat tiba di kampung saya @ Alor Gajah Melaka semalam. Since semalam saya cuti, gerak pun awal juga, lepas Zohor saya dan En Hubby mulakan perjalanan kami via LEKAS.. eh eh... lekasnya sampai ke senawang. Kitorang isi minyak dulu kat petronas prima saujana, then lebih kurang pukul 2 petang start gerak, sampai senawang 2.28 petang. Memang seronok. Cuma yg tak bestnya, terpaksa amik jalan senawang untuk ke PLUS sebabnya kitorg akan keluar di tol simpang ampat. Jalan ni banyak traffic light, so ambil masa lebih kurang 15 minit utk sampai ke PLUS. Kitorg sampai di kampung lebih kurang pukul 3.30 petang.

Hari ni aktiviti lebih tertumpu kepada masak memasak. Yelah, esok kan dah raya. Menu lebaran kali ni untuk family saya ialah kurma daging, rendang campur, ayam masak merah, then ada ketupat, kuah kacang and lemang (yg ni buat beli je). Petang ni, saya and family akan ke kubur arwah mak, bapak dan abang chik kami untuk berziarah dan membersihkan kubur mana yg patut. Memang dah jadi amalan kami menziarahi kubur pada petang ramadhan terakhir, bukannya pada pagi hari raya.

Rutin hari raya kami selalunya pada hari mantai ni akan dipenuhi dengan acara mengemas rumah, memasak dan menziarah kubur. Selalunya hari terakhir ramadhan saya suka berbuka dengan air kelapa, tapi kali ni satu Alor Gajah n Tampin, takde kelapa muda.... bukan rezeki la tahun ni nampaknya. Then pagi raya pertama selepas solat sunat Aidilfitri, kami akan berkumpul di rumah nenek @ Lubok China dan spend 1 hari di sana. Hari raya kedua pula adalah giliran rumah kami pula untuk dikunjungi oleh saudara mara sebab arwah mak saya anak sulung, so semuanya akan datang ke rumah untuk beraya pada hari raya kedua. Hari raya ketiga adalah acara berziarah ke rumah saudara2 yang lain. Tapi semenjak 2 tahun yg lalu, rutin raya ketiga terpaksa saya lupakan kerana akan balik ke kampung En Hubby @ Mersing pula.

So, di kesempatan ni saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf andai sepanjang saya berblog ni (tak sampai 2 bulan pun) terdapat tulisan saya yang menyinggung perasaan sesiapa. Saya berdoa semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah sepanjang musim perayaan ini. Berhati-hati di jalan raya dan selamat kembali ke rumah masing-masing selepas raya. Insya Allah, ada umur, ada rezeki dan ada masa, blog ini akan diteruskan selepas raya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H....

No comments:

Post a Comment