Wednesday, September 1, 2010

KUIH RAYA

Assalamualaikum

Selamat Hari Merdeka!!

Hari ni dah masuk hari ke-21 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, setakat ni tidak banyak cabaran yang dihadapi untuk bulan puasa kali ni. Last week saya ambil cuti sempena dengan Nuzul Quran dan sambung lagi sampai Hari Merdeka. Walaupun Wilayah Persekutuan tak cuti pada 27/8 tapi sebagai menghormati negeri Selangor yang memberi cuti kepada rakyatnya (saya dok Selangor) maka saya pun kenalah amik cuti. Hehehe... sebenarnya saya nak balik kampung kat Melaka untuk berpuasa dengan family. Awalnya saya plan nak balik dengan En. Hubby hari Jumaat tu tapi last2 En Hubby tak jadik balik sebab kena keja pulak. So saya balik dengan kakak n adik saya hari Sabtu.

So since saya dah amik cuti hari Jumaat, saya pun mulakan projek membuat kuih@ biskut raya. Berikut adalah biskut-biskut yang saya plan nak buat tahun ni ;-

  • Biskut Peanut Butter
  • Biskut Oren
  • Biskut Suji
  • Biskut Badam
  • Biskut Oat
  • Biskut Dahlia
Sebenarnya inilah kali pertama saya cuba buat kuih raya sendiri. Selama ni saya tolong arwah mak saya (masa ni kecik lagi, tolong menyibuk je sebenarnya), atau kakak-kakak saya buat kuih raya. Memang saya memasang cita-cita nak buat kuih raya sendiri bila dah besar. Sekarang kira dah besar la kan, tapi tak boleh juga capai cita-cita sebab saya takde oven. Bersempena dengan perpindahan ke rumah baru, saya pun berjaya mendapatkan sebuah oven untuk mencapai cita-cita murni saya tu. Setiap kuih raya yang saya nak buat tu sebenarnya ada kenangan, tu sebab saya nak buat sampai 6 biskut raya sedangkan balang kuih raya saya pun ada 6 jugak. Mana nak letak biskut yang saya buat lagi, yang saya beli lagi (tart nenas je), kerepek lagi, tempeyek lagi... Perlukah saya beli lagi satu set balang kuih? Mmmmm....

Barang-barang nak buat kuih raya saya dah beli kat kedai bakery area ofis dan hypermarket kat area umah, bila ada masa saya boleh terus buat la kan. So pada hari ini tercatatlah dalam sejarah hidup saya membuat kuih raya sendiri. Awal-awal lagi saya dah carik resepi kat blog-blog memasak yang femes. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada blog Abg Cik Mat Gebu, Kak Nor67 dan beberapa blog yang lain kerana sudi berkongsi resepi untuk ditiru oleh pembaca.

Belek punya belek resepi, saya tengok Biskut Dahlia paling simple. So nilah kuih raya pertama yang berjaya saya buat. Sebenarnya takdelah berapa berjaya sangat sebab saya salah beli acuan biskut dahlia. Dengan kekreatifan En Hubby, dapat jugak saya buat bentuk bunga dahlia kat biskut tu. Hehehe... Insya Allah nanti saya buat N3 khas untuk biskut-biskut ni semua, siap dengan resepi n gambarnya ye.

Pastu saya balik kampung dari hari Sabtu sampai hari Isnin. Hari Sabtu kakak saya belanja buka puasa di MITC Ankasa Hotel. Ramai jugak orang kat sana. Tup-tup saya leh jumpa client kat situ.. isy..isy ...isy.. byk2 tempat kat sini jugak jumpa, dah la meja dekat2. Tapi saya tak kisah, yang penting kitorg bayar, so sukati la nak melantak mcm mana pun kan. Tapi lepas makan nasik, dah tak larat nak rayau semua stall. Oklah jugak bufet buka puasanya. RM35.00 dewasa n RM25.00 kanak-kanak. Kitorg ingat lepas buka nak gi Mydin Melaka (makcik saya sebut MIDIN) tapi disebabkan masing-masing dah penat, kitorg terus balik umah je.




Hari Isnin semalam, lepas buka baru gerak balik ke Kajang. Ingatkan nak ikut Hi-way LEKAS tapi gerun jugak malam-malam ni ikut hi-way tu sebab dengarnya malam tak byk keta. Dah la semuanya perempuan kan. Nanti ada pulak yang nak amik kesempatan kan... tak rela u..

Since hari ni pun cuti lagi, saya pun buat le projek kuih raya kedua. Biskut Peanut Butter. Dulu-dulu arwah mak saya buat biskut ni atas permintaan saya. Biskut ni pakai acuan muffin yang kecik comey tu so nampak mcm kulit kerang bila nak siap bakar. Rasanya sedap sangat sampai sekarang pun terasa kesedapannya. Bila arwah mak saya dah takde, kakak-kakak saya malas nak buat biskut ni. Terpaksa saya memendam rasa tau. Bila terjumpa resepi biskut peanut butter kat blog Abg Cik Mat Gebu, terus saya print. Hehehe... Mintak maaf abg CMG, saya print tak mintak ijin. Mintak halal ye.

Projek mengcookies ni terpaksa ditangguhkan sampai hari Sabtu ni sebab chefnya dah kembali bertugas. Mmmm.. rasanya nak continue dengan Biskut Badam la pulok.

No comments:

Post a Comment