Assalamualaikum
Dah 3 hari saya tak cek blog saya. Pagi ni saya sangat terkujat @ tergezut menengokkan blog saya dah ada seorang follower. Wah!!! Bestnya!!! Tak sangka blog ni ada follower.
Masa saya nak buat blog, dalam hati ada juga berkata2, sapa je yg nak membuang masa membaca apa2 yg ditulis di blog ni. Kan ada mcm2 lagi bahan bacaan yang boleh dibaca selain blog saya yg ala kadar ni. Tapi rupa-rupanya saya dah dapat sorang folllower. Tima kasih kepada kocimoci yang telah sudi menjadi follower pertama blog saya yang tak seberapa ni. Sudi-sudikan menjengok blog ni jika ada kelapangan ye.
Selain tu, satu menda lagi yang membuat saya terkejut pepagi tadi ialah entry (oh ye, bahasa blog ialah N3) saya yg kedua tentang kes buang anak ada 1 comment. Nampaknya ada juga yang baca. Terima kasih saya ucapkan kepada makcik kantin kerana telah memberikan komen. Berdasarkan kepada profile picture, tak le nampak mcm makcik kan. Kalau ye makcik, ni mesti mcm makcik temah (iklan raya TM beberapa tahun dulu).
Terima kasih daun keladi kepada anda berdua. Ada masa, singgah le lagi.
* saya tak reti nak link ke blog kocimoci n makcik kantin lagi. Sapa2 leh tulun ajarkan, tima kasih!!
Monday, August 23, 2010
Thursday, August 19, 2010
KES BUANG ANAK... LAGI!
Hari ni polis jumpa mayat bayi lelaki di dalam tong sampah. Ibunya seorang student telah keguguran di dalam toilet pastu dibuangnya dalam tong sampah hospital. Yang sedihnya ia berlaku di bulan puasa ni, tambah menyedihkan ia berlaku di kampung halaman saya @ negeri yang menyediakan sekolah khas untuk remaja hamil.
Tapi yang paling mendukacitakan ialah kesanggupan pompuan tu membuang bayinya. Walaupun dia keguguran, jasad bayi tu perlu diuruskan dengan cara yang betul mengikut syarak.
Tapi yang paling mendukacitakan ialah kesanggupan pompuan tu membuang bayinya. Walaupun dia keguguran, jasad bayi tu perlu diuruskan dengan cara yang betul mengikut syarak.
Saya tersangat sedih bila baca kisah2 pembuangan bayi ni. Tambahan lagi sebagai wanita yang dah berumah tangga tetapi masih belum mempunyai rezeki menimang cahaya mata, saya geram, marah, sedih, benci dengan kes-kes pembuangan bayi ni. Jangankan buang anak orang, buang anak kucing pun saya sedih, marah dan geram. Menci menci!!!
SETTING UP MY OWN BLOG
Website Facebook di ofis telah di-block oleh IT Department. Dengan itu saya pun mula menjinak-jinakkan diri mencari alternatif lain untuk mengisi masa lapang di ofis ni (masa lapang = lunch hour). Dek kerana bulan puasa, saya suka nak tengok resepi-resepi yang boleh diimpikan untuk dimasak (impian je?). Terjumpa beberapa blog masakan yang femes dan semenjak itu, setia mengunjungi blog-blog tersebut (apasal macam rasa karang surat rasmi ni).
Selain dari mengimpikan masakan-masakan tu, saya juga mengimpikan nak ada blog sendiri. Lepas mengkonfidentkan diri, maka terwujudlah blog ni. Alhamdulillah.
Blog ni adalah blog untuk diskusi apa sahaja, dari hal politik, ekonomi, sosial (faktor2 yang selalu digunakan masa SPM) sehinggalah kepada hal-hal rumahtangga, karier dan lain-lain. Kita tengoklah nanti apa yang ada.
Kepadapeminat pengunjung blog saya ni, saya ucapkan selamat datang. Insya Allah, saya cuba sedaya upaya saya dengan menggunakan tulang 4 2 4 kerat saya untuk meng-updatekan blog saya ini. Saya mengalu-alukan sebarang komen dari anda semua, tips-tips nak mencantikkan blog dan apa-apa sahaja mengenai dunia blog.
Saya akhiri posting saya ni dengan serangkap pantun
Buah Cempedak di Luar Pagar
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Saya Budak Baru Belajar (taklah budak sangat pun)
Kalau Salah Tolong Maafkan
Sekian terima kasih.
Selain dari mengimpikan masakan-masakan tu, saya juga mengimpikan nak ada blog sendiri. Lepas mengkonfidentkan diri, maka terwujudlah blog ni. Alhamdulillah.
Blog ni adalah blog untuk diskusi apa sahaja, dari hal politik, ekonomi, sosial (faktor2 yang selalu digunakan masa SPM) sehinggalah kepada hal-hal rumahtangga, karier dan lain-lain. Kita tengoklah nanti apa yang ada.
Kepada
Saya akhiri posting saya ni dengan serangkap pantun
Buah Cempedak di Luar Pagar
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Saya Budak Baru Belajar (taklah budak sangat pun)
Kalau Salah Tolong Maafkan
Sekian terima kasih.
Subscribe to:
Comments (Atom)
