Alhamdulillah, since last post pada hari raya tahun lalu (la ni dah nak raya balik), saya tegerak hati nak tengok balik apa dah jadi dgn blog saya ni ha. Rupa-rupanya masih wujud. Alhamdulillah. Insya Allah, saya akan cuba merajinkan diri utk mengupdate blog ni. Buat N3 kali ni, saya ingin menceritakan pengalaman saya pada 9 Julai 2011 yang lalu.... jeng jeng jeng!!!
Sebenarnya, melalui En Hubby saya, beliau dan kawan2 dalam fanpage di FB dah mengaturkan satu gathering kat tambun ipoh. Yang tukang mengaturkannya ialah member di Penang yang mana kebetulan 9/7/11 rupanya cuti umum di Penang. So disebabkan cuti umum, member ni mencadangkn tarikh ni (masa tu lebih kurang awal bulan 6 kot). Since dah confirm dgn semua yg nk join n dah settle bayaran, kitorg nak tak nak terpaksa lah redah juga jalan raya pada 9/7 tu. Lagipun, saya ada jemputan kahwin kat Sg Buloh. So sekali jalan lah kan. Dari kajang cadangnya nak ambik PLUS ke Nilai n terus ke Elite then NKVE dan amik semula PLUS ke utara. Heheheeee... mmg berbelit sket tapi ni semua gara2 nak mengelak jalan2 menghala ke KL. Sampai kat sg ramal ada 1 roadblock, dekat 1 jam juga menunggu nak lepaskan abg2 polis tu, then perjalanan lancar dr nilai ke elite. Bila smpai je shah alam utk ke NKVE, lagi satu roadblock. Yg ni lagi panjang. Tgk lebuhraya guthrie kosong je... Tapi disebabkan map majlis perkahwinan tu tak tunjuk mcm mana nak ke Sg Buloh kalau ikut guthrie, makanya terpaksalah saya n En Hubby redah je roadblock ni. Yg ni rasanya 1 jam lebih baru lepas abg2 polis yg buat roadblock tu n terus ke Sg Buloh. So pada hari ni, perjalanan dari kajang ke Sg Buloh telah memakan 4 jam masa kami. Adoiyai!!
Pas makan2 n salam2 kat rumah orang kawin, terus gerak ke ipoh, alhamdulillah perjalanan lancar sampai ke tambun lebih kurang pukul 5.30. Yg join gathering ni ada 4 family. So ada yg dah sampai lebih awal siap dah masak2 utk lunch (excited diorg ni!). Sampai je layan borak2 dulu, pastu yang pompuan2 siapkan makan malam. Since lauk yang diorg masak tengah hari tadi ada lagi (kari ikan penang mari) so tambah je la lauk2 simple - telur goreng dadar n ikan masin goreng. Makan lebih kurang kul 10 lebih. Dah masing2 agaknya lapar, pastu makan ramai2... habis semua yg dimasak... haahahahaaa
Pas makan diorg ni buat sesi bergambar, mcm2 aksi ado. Kelakar pulak. Pas tu kitorg gi raua2 bandar ipoh, pas minum kat tepi padang dekat2 parkson tu kitorg gerak balik ke homestay. Balik tu diorg sambung borak lagi sampai pukul 5 pagi agaknya... tapi since saya dah penat saya titun dulu
Esoknya ahad, saya bangun je tgk diorg dah siap masak kueh tiaw goreng. Pas minum kitorang siap2 n gerak balik. Sebelum berpisah sempat juga minum jap kat mamak. Inilah first gathering saya dgn grup fanpage kat FB. Mmg satu pengalaman yang seronok. Diorg ni walaupun tak penah jumpa tapi bila jumpa kali pertama ni mcm dah kenal bertahun2. Borak2, gelak2, mcm2lah. Tambah best bila satu family tu bawak anak dia umur 3 tahun yg sangat comel n nakal. Skrg ni diorg nak plan satu lagi gathering mungkin hujung tahun ni. Kali ni En Hubby n saya ditugaskan cari tempat... Kat mana ek nak buat pas ni? Mmmmm....
Ni antara gambar2 yg kitorang sempat posing laaa... Enjoy!
Baby@Superhero yang comel...
Kaum ibu yang sudi hadir ke majlis ini...
ni kaum bapa pulak... yg paling ensem ialah En Hubby saya ... heheheee Kitorang ingat nak buat rockband wanita muslimah... ok ke?
Kalau jadi rockband tu, yang ni back-up dancer dia... hahahaaa
No comments:
Post a Comment