Monday, August 23, 2010

FOLLOWER(S) AND COMMENTATOR(S)

Assalamualaikum

Dah 3 hari saya tak cek blog saya. Pagi ni saya sangat terkujat @ tergezut menengokkan blog saya dah ada seorang follower. Wah!!! Bestnya!!! Tak sangka blog ni ada follower.

Masa saya nak buat blog, dalam hati ada juga berkata2, sapa je yg nak membuang masa membaca apa2 yg ditulis di blog ni. Kan ada mcm2 lagi bahan bacaan yang boleh dibaca selain blog saya yg ala kadar ni. Tapi rupa-rupanya saya dah dapat sorang folllower. Tima kasih kepada kocimoci yang telah sudi menjadi follower pertama blog saya yang tak seberapa ni. Sudi-sudikan menjengok blog ni jika ada kelapangan ye.

Selain tu, satu menda lagi yang membuat saya terkejut pepagi tadi ialah entry (oh ye, bahasa blog ialah N3) saya yg kedua tentang kes buang anak ada 1 comment. Nampaknya ada juga yang baca. Terima kasih saya ucapkan kepada makcik kantin kerana telah memberikan komen. Berdasarkan kepada profile picture, tak le nampak mcm makcik kan. Kalau ye makcik, ni mesti mcm makcik temah (iklan raya TM beberapa tahun dulu).

Terima kasih daun keladi kepada anda berdua. Ada masa, singgah le lagi.

* saya tak reti nak link ke blog kocimoci n makcik kantin lagi. Sapa2 leh tulun ajarkan, tima kasih!!

1 comment:

  1. Ohh yeah oh yeahh
    kirenye kocimoci ni pembuka tirai lah nie...
    mari2 masuk..jgn malu2..

    ReplyDelete