Website Facebook di ofis telah di-block oleh IT Department. Dengan itu saya pun mula menjinak-jinakkan diri mencari alternatif lain untuk mengisi masa lapang di ofis ni (masa lapang = lunch hour). Dek kerana bulan puasa, saya suka nak tengok resepi-resepi yang boleh diimpikan untuk dimasak (impian je?). Terjumpa beberapa blog masakan yang femes dan semenjak itu, setia mengunjungi blog-blog tersebut (apasal macam rasa karang surat rasmi ni).
Selain dari mengimpikan masakan-masakan tu, saya juga mengimpikan nak ada blog sendiri. Lepas mengkonfidentkan diri, maka terwujudlah blog ni. Alhamdulillah.
Blog ni adalah blog untuk diskusi apa sahaja, dari hal politik, ekonomi, sosial (faktor2 yang selalu digunakan masa SPM) sehinggalah kepada hal-hal rumahtangga, karier dan lain-lain. Kita tengoklah nanti apa yang ada.
Kepada
peminat pengunjung blog saya ni, saya ucapkan selamat datang. Insya Allah, saya cuba sedaya upaya saya dengan menggunakan tulang
4 2 4 kerat saya untuk meng-updatekan blog saya ini. Saya mengalu-alukan sebarang komen dari anda semua, tips-tips nak mencantikkan blog dan apa-apa sahaja mengenai dunia blog.
Saya akhiri posting saya ni dengan serangkap pantun
Buah Cempedak di Luar Pagar
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Saya Budak Baru Belajar (taklah budak sangat pun)
Kalau Salah Tolong Maafkan
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment