Monday, January 13, 2014

Fat Flush Drink



Fat Flush Drink ni dipaparkan dalam rancangan Dr. Oz.. sapa tgk? This is actually a cleansing drink for our body bagi meningkatkan kebolehan badan kita utk membakar lemak. Hanya 5 bahan diperlukan yg kita blh dapat di pasaraya. Mudah je nak disediakan, rasa yg sedap, tangy and kebaikan2 yg telah dibuktikn melalui kajian sains sebab this drink ada Vitamin C utk membakar lemak menjadi fuel, meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin, menstabilkan gula dlm darah dan meransang badan utk membakar lemak... Wow byk kan benefits this drink.

Buatlah satu jug besar setiap pagi utk minuman sepanjang hari. Tapi saya buat mlm hari sebelum tido dan esok pagi tu dah boleh minum. Dr Oz cadangkn utk minum at least segelas (8 oz) 3 kali sehari sebelum setiap pengambilan makanan utk 10 hari berturut2. Kira seblm breakfast minum sekali, sebelum lunch sekali n sebelum dinner sekali. Ok bahan2 dia:

Bahan2:
- Air
- 1 biji limau gedang/grapefuit (boleh ganti dengan lemon)
- 1 biji limau/ tangerine (boleh ganti dengan buah oren)
- 1 biji timun
- 10 - 20 helai daun mint (pudina(peppermint)/spearmint/apple mint)
- Ais (x perlu letak kalau buat mlm sebelum tido)

Limau/Tangerine (gambar from Google)
Limau Gedang/ Grapefruit (gambar from Google)

Pudina/ Mint (Gambar from Google)

Cara2:
- Potong secara slice buah limau gedang, limau dan timun.
- Satukan semua bahan2 dalam jug besar dan letak ais/ sejukkan dlm peti ais
- Boleh diminum sepanjang hari/ sebelum setiap kali pengambilan makanan

Fat Flush Drink yang sedia untuk diminum


Senangkan? Boleh buat setiap hari. Oren dan timun tu jgn buang tau, membazir je.. boleh dimakan setiap kali lepas air ni habis diminum...

Kalau tak suka timun boleh gantikan dengan tembikai. Tapi timun ni boleh menolong badan kita rasa kenyang je dan jugak bantu sebagai diuretik semulajadi iaitu buang air kecil yg byk. Kalau kita guna tembikai pulak, ia boleh membantu badan kita membuang toksin sebab tembikai ada amino asid utk menolong hati dan buah pinggang membuang ammonia. Ammonia ni by-produk bila badan kita akan membakar protein dan ia berbahaya kepada sel2 badan. Hence, either timun ke tembikai both are good for our body.

So cuba ye...


Thursday, July 21, 2011

Hi kawan-kawan....

Alhamdulillah, since last post pada hari raya tahun lalu (la ni dah nak raya balik), saya tegerak hati nak tengok balik apa dah jadi dgn blog saya ni ha. Rupa-rupanya masih wujud. Alhamdulillah. Insya Allah, saya akan cuba merajinkan diri utk mengupdate blog ni. Buat N3 kali ni, saya ingin menceritakan pengalaman saya pada 9 Julai 2011 yang lalu.... jeng jeng jeng!!!

Sebenarnya, melalui En Hubby saya, beliau dan kawan2 dalam fanpage di FB dah mengaturkan satu gathering kat tambun ipoh. Yang tukang mengaturkannya ialah member di Penang yang mana kebetulan 9/7/11 rupanya cuti umum di Penang. So disebabkan cuti umum, member ni mencadangkn tarikh ni (masa tu lebih kurang awal bulan 6 kot). Since dah confirm dgn semua yg nk join n dah settle bayaran, kitorg nak tak nak terpaksa lah redah juga jalan raya pada 9/7 tu. Lagipun, saya ada jemputan kahwin kat Sg Buloh. So sekali jalan lah kan. Dari kajang cadangnya nak ambik PLUS ke Nilai n terus ke Elite then NKVE dan amik semula PLUS ke utara. Heheheeee... mmg berbelit sket tapi ni semua gara2 nak mengelak jalan2 menghala ke KL. Sampai kat sg ramal ada 1 roadblock, dekat 1 jam juga menunggu nak lepaskan abg2 polis tu, then perjalanan lancar dr nilai ke elite. Bila smpai je shah alam utk ke NKVE, lagi satu roadblock. Yg ni lagi panjang. Tgk lebuhraya guthrie kosong je... Tapi disebabkan map majlis perkahwinan tu tak tunjuk mcm mana nak ke Sg Buloh kalau ikut guthrie, makanya terpaksalah saya n En Hubby redah je roadblock ni. Yg ni rasanya 1 jam lebih baru lepas abg2 polis yg buat roadblock tu n terus ke Sg Buloh. So pada hari ni, perjalanan dari kajang ke Sg Buloh telah memakan 4 jam masa kami. Adoiyai!!

Pas makan2 n salam2 kat rumah orang kawin, terus gerak ke ipoh, alhamdulillah perjalanan lancar sampai ke tambun lebih kurang pukul 5.30. Yg join gathering ni ada 4 family. So ada yg dah sampai lebih awal siap dah masak2 utk lunch (excited diorg ni!). Sampai je layan borak2 dulu, pastu yang pompuan2 siapkan makan malam. Since lauk yang diorg masak tengah hari tadi ada lagi (kari ikan penang mari) so tambah je la lauk2 simple - telur goreng dadar n ikan masin goreng. Makan lebih kurang kul 10 lebih. Dah masing2 agaknya lapar, pastu makan ramai2... habis semua yg dimasak... haahahahaaa

Pas makan diorg ni buat sesi bergambar, mcm2 aksi ado. Kelakar pulak. Pas tu kitorg gi raua2 bandar ipoh, pas minum kat tepi padang dekat2 parkson tu kitorg gerak balik ke homestay. Balik tu diorg sambung borak lagi sampai pukul 5 pagi agaknya... tapi since saya dah penat saya titun dulu

Esoknya ahad, saya bangun je tgk diorg dah siap masak kueh tiaw goreng. Pas minum kitorang siap2 n gerak balik. Sebelum berpisah sempat juga minum jap kat mamak. Inilah first gathering saya dgn grup fanpage kat FB. Mmg satu pengalaman yang seronok. Diorg ni walaupun tak penah jumpa tapi bila jumpa kali pertama ni mcm dah kenal bertahun2. Borak2, gelak2, mcm2lah. Tambah best bila satu family tu bawak anak dia umur 3 tahun yg sangat comel n nakal. Skrg ni diorg nak plan satu lagi gathering mungkin hujung tahun ni. Kali ni En Hubby n saya ditugaskan cari tempat... Kat mana ek nak buat pas ni? Mmmmm....

Ni antara gambar2 yg kitorang sempat posing laaa... Enjoy!


Baby@Superhero yang comel...

Kaum ibu yang sudi hadir ke majlis ini...


ni kaum bapa pulak... yg paling ensem ialah En Hubby saya ... heheheee
Kitorang ingat nak buat rockband wanita muslimah... ok ke?



Kalau jadi rockband tu, yang ni back-up dancer dia... hahahaaa

Thursday, September 9, 2010

SALAM LEBARAN 1431 H

Assalamualaikum

Wah, semuanya dah balik kampung? Jem tak perjalanan? KL lengang sampai leh tido atas jalan?? ;) Alhamdulillah, semua dah selamat sampai ke kampung halaman masing-masing menemui keluarga tercinta. Saya pun dah selamat tiba di kampung saya @ Alor Gajah Melaka semalam. Since semalam saya cuti, gerak pun awal juga, lepas Zohor saya dan En Hubby mulakan perjalanan kami via LEKAS.. eh eh... lekasnya sampai ke senawang. Kitorang isi minyak dulu kat petronas prima saujana, then lebih kurang pukul 2 petang start gerak, sampai senawang 2.28 petang. Memang seronok. Cuma yg tak bestnya, terpaksa amik jalan senawang untuk ke PLUS sebabnya kitorg akan keluar di tol simpang ampat. Jalan ni banyak traffic light, so ambil masa lebih kurang 15 minit utk sampai ke PLUS. Kitorg sampai di kampung lebih kurang pukul 3.30 petang.

Hari ni aktiviti lebih tertumpu kepada masak memasak. Yelah, esok kan dah raya. Menu lebaran kali ni untuk family saya ialah kurma daging, rendang campur, ayam masak merah, then ada ketupat, kuah kacang and lemang (yg ni buat beli je). Petang ni, saya and family akan ke kubur arwah mak, bapak dan abang chik kami untuk berziarah dan membersihkan kubur mana yg patut. Memang dah jadi amalan kami menziarahi kubur pada petang ramadhan terakhir, bukannya pada pagi hari raya.

Rutin hari raya kami selalunya pada hari mantai ni akan dipenuhi dengan acara mengemas rumah, memasak dan menziarah kubur. Selalunya hari terakhir ramadhan saya suka berbuka dengan air kelapa, tapi kali ni satu Alor Gajah n Tampin, takde kelapa muda.... bukan rezeki la tahun ni nampaknya. Then pagi raya pertama selepas solat sunat Aidilfitri, kami akan berkumpul di rumah nenek @ Lubok China dan spend 1 hari di sana. Hari raya kedua pula adalah giliran rumah kami pula untuk dikunjungi oleh saudara mara sebab arwah mak saya anak sulung, so semuanya akan datang ke rumah untuk beraya pada hari raya kedua. Hari raya ketiga adalah acara berziarah ke rumah saudara2 yang lain. Tapi semenjak 2 tahun yg lalu, rutin raya ketiga terpaksa saya lupakan kerana akan balik ke kampung En Hubby @ Mersing pula.

So, di kesempatan ni saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf andai sepanjang saya berblog ni (tak sampai 2 bulan pun) terdapat tulisan saya yang menyinggung perasaan sesiapa. Saya berdoa semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah sepanjang musim perayaan ini. Berhati-hati di jalan raya dan selamat kembali ke rumah masing-masing selepas raya. Insya Allah, ada umur, ada rezeki dan ada masa, blog ini akan diteruskan selepas raya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H....

Wednesday, September 1, 2010

KUIH RAYA

Assalamualaikum

Selamat Hari Merdeka!!

Hari ni dah masuk hari ke-21 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, setakat ni tidak banyak cabaran yang dihadapi untuk bulan puasa kali ni. Last week saya ambil cuti sempena dengan Nuzul Quran dan sambung lagi sampai Hari Merdeka. Walaupun Wilayah Persekutuan tak cuti pada 27/8 tapi sebagai menghormati negeri Selangor yang memberi cuti kepada rakyatnya (saya dok Selangor) maka saya pun kenalah amik cuti. Hehehe... sebenarnya saya nak balik kampung kat Melaka untuk berpuasa dengan family. Awalnya saya plan nak balik dengan En. Hubby hari Jumaat tu tapi last2 En Hubby tak jadik balik sebab kena keja pulak. So saya balik dengan kakak n adik saya hari Sabtu.

So since saya dah amik cuti hari Jumaat, saya pun mulakan projek membuat kuih@ biskut raya. Berikut adalah biskut-biskut yang saya plan nak buat tahun ni ;-

  • Biskut Peanut Butter
  • Biskut Oren
  • Biskut Suji
  • Biskut Badam
  • Biskut Oat
  • Biskut Dahlia
Sebenarnya inilah kali pertama saya cuba buat kuih raya sendiri. Selama ni saya tolong arwah mak saya (masa ni kecik lagi, tolong menyibuk je sebenarnya), atau kakak-kakak saya buat kuih raya. Memang saya memasang cita-cita nak buat kuih raya sendiri bila dah besar. Sekarang kira dah besar la kan, tapi tak boleh juga capai cita-cita sebab saya takde oven. Bersempena dengan perpindahan ke rumah baru, saya pun berjaya mendapatkan sebuah oven untuk mencapai cita-cita murni saya tu. Setiap kuih raya yang saya nak buat tu sebenarnya ada kenangan, tu sebab saya nak buat sampai 6 biskut raya sedangkan balang kuih raya saya pun ada 6 jugak. Mana nak letak biskut yang saya buat lagi, yang saya beli lagi (tart nenas je), kerepek lagi, tempeyek lagi... Perlukah saya beli lagi satu set balang kuih? Mmmmm....

Barang-barang nak buat kuih raya saya dah beli kat kedai bakery area ofis dan hypermarket kat area umah, bila ada masa saya boleh terus buat la kan. So pada hari ini tercatatlah dalam sejarah hidup saya membuat kuih raya sendiri. Awal-awal lagi saya dah carik resepi kat blog-blog memasak yang femes. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada blog Abg Cik Mat Gebu, Kak Nor67 dan beberapa blog yang lain kerana sudi berkongsi resepi untuk ditiru oleh pembaca.

Belek punya belek resepi, saya tengok Biskut Dahlia paling simple. So nilah kuih raya pertama yang berjaya saya buat. Sebenarnya takdelah berapa berjaya sangat sebab saya salah beli acuan biskut dahlia. Dengan kekreatifan En Hubby, dapat jugak saya buat bentuk bunga dahlia kat biskut tu. Hehehe... Insya Allah nanti saya buat N3 khas untuk biskut-biskut ni semua, siap dengan resepi n gambarnya ye.

Pastu saya balik kampung dari hari Sabtu sampai hari Isnin. Hari Sabtu kakak saya belanja buka puasa di MITC Ankasa Hotel. Ramai jugak orang kat sana. Tup-tup saya leh jumpa client kat situ.. isy..isy ...isy.. byk2 tempat kat sini jugak jumpa, dah la meja dekat2. Tapi saya tak kisah, yang penting kitorg bayar, so sukati la nak melantak mcm mana pun kan. Tapi lepas makan nasik, dah tak larat nak rayau semua stall. Oklah jugak bufet buka puasanya. RM35.00 dewasa n RM25.00 kanak-kanak. Kitorg ingat lepas buka nak gi Mydin Melaka (makcik saya sebut MIDIN) tapi disebabkan masing-masing dah penat, kitorg terus balik umah je.




Hari Isnin semalam, lepas buka baru gerak balik ke Kajang. Ingatkan nak ikut Hi-way LEKAS tapi gerun jugak malam-malam ni ikut hi-way tu sebab dengarnya malam tak byk keta. Dah la semuanya perempuan kan. Nanti ada pulak yang nak amik kesempatan kan... tak rela u..

Since hari ni pun cuti lagi, saya pun buat le projek kuih raya kedua. Biskut Peanut Butter. Dulu-dulu arwah mak saya buat biskut ni atas permintaan saya. Biskut ni pakai acuan muffin yang kecik comey tu so nampak mcm kulit kerang bila nak siap bakar. Rasanya sedap sangat sampai sekarang pun terasa kesedapannya. Bila arwah mak saya dah takde, kakak-kakak saya malas nak buat biskut ni. Terpaksa saya memendam rasa tau. Bila terjumpa resepi biskut peanut butter kat blog Abg Cik Mat Gebu, terus saya print. Hehehe... Mintak maaf abg CMG, saya print tak mintak ijin. Mintak halal ye.

Projek mengcookies ni terpaksa ditangguhkan sampai hari Sabtu ni sebab chefnya dah kembali bertugas. Mmmm.. rasanya nak continue dengan Biskut Badam la pulok.

Monday, August 23, 2010

FOLLOWER(S) AND COMMENTATOR(S)

Assalamualaikum

Dah 3 hari saya tak cek blog saya. Pagi ni saya sangat terkujat @ tergezut menengokkan blog saya dah ada seorang follower. Wah!!! Bestnya!!! Tak sangka blog ni ada follower.

Masa saya nak buat blog, dalam hati ada juga berkata2, sapa je yg nak membuang masa membaca apa2 yg ditulis di blog ni. Kan ada mcm2 lagi bahan bacaan yang boleh dibaca selain blog saya yg ala kadar ni. Tapi rupa-rupanya saya dah dapat sorang folllower. Tima kasih kepada kocimoci yang telah sudi menjadi follower pertama blog saya yang tak seberapa ni. Sudi-sudikan menjengok blog ni jika ada kelapangan ye.

Selain tu, satu menda lagi yang membuat saya terkejut pepagi tadi ialah entry (oh ye, bahasa blog ialah N3) saya yg kedua tentang kes buang anak ada 1 comment. Nampaknya ada juga yang baca. Terima kasih saya ucapkan kepada makcik kantin kerana telah memberikan komen. Berdasarkan kepada profile picture, tak le nampak mcm makcik kan. Kalau ye makcik, ni mesti mcm makcik temah (iklan raya TM beberapa tahun dulu).

Terima kasih daun keladi kepada anda berdua. Ada masa, singgah le lagi.

* saya tak reti nak link ke blog kocimoci n makcik kantin lagi. Sapa2 leh tulun ajarkan, tima kasih!!

Thursday, August 19, 2010

KES BUANG ANAK... LAGI!

Hari ni polis jumpa mayat bayi lelaki di dalam tong sampah. Ibunya seorang student telah keguguran di dalam toilet pastu dibuangnya dalam tong sampah hospital. Yang sedihnya ia berlaku di bulan puasa ni, tambah menyedihkan ia berlaku di kampung halaman saya @ negeri yang menyediakan sekolah khas untuk remaja hamil.

Tapi yang paling mendukacitakan ialah kesanggupan pompuan tu membuang bayinya. Walaupun dia keguguran, jasad bayi tu perlu diuruskan dengan cara yang betul mengikut syarak.

Saya tersangat sedih bila baca kisah2 pembuangan bayi ni. Tambahan lagi sebagai wanita yang dah berumah tangga tetapi masih belum mempunyai rezeki menimang cahaya mata, saya geram, marah, sedih, benci dengan kes-kes pembuangan bayi ni. Jangankan buang anak orang, buang anak kucing pun saya sedih, marah dan geram. Menci menci!!!



SETTING UP MY OWN BLOG

Website Facebook di ofis telah di-block oleh IT Department. Dengan itu saya pun mula menjinak-jinakkan diri mencari alternatif lain untuk mengisi masa lapang di ofis ni (masa lapang = lunch hour). Dek kerana bulan puasa, saya suka nak tengok resepi-resepi yang boleh diimpikan untuk dimasak (impian je?). Terjumpa beberapa blog masakan yang femes dan semenjak itu, setia mengunjungi blog-blog tersebut (apasal macam rasa karang surat rasmi ni).

Selain dari mengimpikan masakan-masakan tu, saya juga mengimpikan nak ada blog sendiri. Lepas mengkonfidentkan diri, maka terwujudlah blog ni. Alhamdulillah.

Blog ni adalah blog untuk diskusi apa sahaja, dari hal politik, ekonomi, sosial (faktor2 yang selalu digunakan masa SPM) sehinggalah kepada hal-hal rumahtangga, karier dan lain-lain. Kita tengoklah nanti apa yang ada.



Kepada peminat pengunjung blog saya ni, saya ucapkan selamat datang. Insya Allah, saya cuba sedaya upaya saya dengan menggunakan tulang 4 4 kerat saya untuk meng-updatekan blog saya ini. Saya mengalu-alukan sebarang komen dari anda semua, tips-tips nak mencantikkan blog dan apa-apa sahaja mengenai dunia blog.

Saya akhiri posting saya ni dengan serangkap pantun

Buah Cempedak di Luar Pagar
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Saya Budak Baru Belajar (taklah budak sangat pun)
Kalau Salah Tolong Maafkan


Sekian terima kasih.